Selangorkini
Pekerja Warung Mak Dara Corner Fahrul Syahril, 25, mengisi air ke dalam tong sebagai persediaan berikutan naik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 ketika tinjauan di Jalan Kebun, Shah Alam pada 6 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

175,000 premis terima bekalan air setakat 9 malam

SHAH ALAM, 14 OKT: Sebanyak 175,000 premis yang terlibat dengan kerja naik taraf aset Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menerima bekalan air.

Perkembangan setakat jam setakat jam 9 malam itu dimaklumkan EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menerusi Facebook sebentar tadi.

“Alhamdulillah sudah 18.6 peratus akaun pengguna atau 175,000 premis telah mula menerima bekalan air,” katanya.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan beberapa kawasan berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 1(SSP1) mula terima bekalan air jam 7 petang tadi.

Kawasan tersebut antaranya Tanjong Keramat, Taman Yayasan, Taman Assam Jawa, Taman Murni dan Jalan Kilang Padi atau Jalan Lengkongan dan Taman Seri Penambang.

Selain itu, Ijok Batu 4, Ijok Batu 7, Bukit Melawati dan Taman Alam. Bekalan air di beberapa kawasan wilayah Petaling juga pulih 80 peratus.

Penyenggaraan aset kritikal sejak semalam melibatkan penduduk 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam tempoh itu, sebanyak 105 lori tangki air digerakkan ke kawasan berkenaan selain 18 pili air awam disediakan mulai 14 hingga 16 Oktober demi kemudahan pengguna.


Pengarang :