ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar (kanan) bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Majlis MBPJ Anwar Nekhan memantau proses suntikan pelalian Covid-19 kepada penduduk Lembah Subang di Pusat Dagangan NZX Ara Damansara pada 16 Oktober 2021. Foto ihsan Halimey Abu Bakar
ADNSELANGOR

99 peratus penduduk Lembah Subang hadir terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 16 OKT: Hampir 99 peratus penduduk di Lembah Subang hadir ke Pusat Dagangan NZX Ara Damansara dekat sini untuk menerima suntikan pelalian Covid-19 hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata daripada 200 penduduk, seramai 198 hadir mendapatkan vaksin bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

“Setakat ini di DUN Seri Setia hampir 70 peratus penduduknya sudah menerima suntikan Covid-19.

“Dengan adanya kerjasama bersama pusat kesihatan daerah (PKD) mampu meningkatkan kadar vaksinasi sehingga 90 peratus,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Halimey berkata pihaknya bercadang untuk menganjurkan siri kedua program vaksinasi pada November ini untuk penduduk di PJS 5, Desaria.

“Maklumat diterima mengatakan di kawasan ini ramai warga emas yang masih belum menerima suntikan.

“Kita akan membincangkan kaedah pemberian vaksin dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 11 Oktober, Halimey memaklumkan pihaknya membantu 200 penduduk Lembah Subang yang tercicir mendapatkan suntikan pelalian Covid-19.


Pengarang :