Antara penerima baucar Jom Shopping Deepavali Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya tahun ini di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Subang Jaya pada 15 Oktober 2021. Foto Michelle Ng Mei Sze
ADNSELANGOR

300 penduduk DUN Subang Jaya terima baucar Jom Shopping Deepavali

SHAH ALAM, 22 OKT: Seramai 300 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menerima baucar beli belah Jom Shopping sempena sambutan Deepavali bulan depan.

Wakil rakyat Michelle Ng Mei Sze berkata dengan baucar tersebut penerima boleh membeli barang keperluan bernilai RM100 di pasar raya Giant USJ1.

“Kita harap dengan sumbangan ini dapat memeriahkan lagi perayaan dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban,” katanya pada sidang media Projek Kecil DUN Subang Jaya di USJ6 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Michelle berkata individu yang tidak menerima baucar itu juga boleh tampil ke pusat khidmat masyarakat DUN Subang Jaya untuk memohon bantuan.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.


Pengarang :