Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (kanan) meraikan penerima baucar Jom Shopping sempena sambutan Deepavali di Best Fresh Mart, Tanjong Karang pada 17 Oktober 2021. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

400 penduduk Permatang terima baucar Jom Shopping Deepavali

SHAH ALAM, 18 OKT: Seramai 400 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima baucar beli belah Jom Shopping sempena sambutan Deepavali bulan depan.

Wakil rakyat Rozana Zainal Abidin berkata dengan baucar berkenaan penerima boleh membeli barang keperluan bernilai RM100 di pasar raya Best Fresh Mart, Tanjong Karang.

“Rata-rata penerima menyatakan pemberian Kerajaan Selangor dapat meringankan beban dalam menyediakan keperluan raya.

“Mereka juga anggap pemberian ini dapat menambahkan lagi keceriaan sambutan Deepavali,” katanya menerusi Facebook.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.


Pengarang :