Petugas kesihatan menunjukkan sukatan vaksin sebelum memberi suntikan kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 26 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

90.6 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin.

Manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.

-BERNAMA


Pengarang :