Air Selangor sedang menggiatkan usaha menghantar bantuan bekalan air kepada premis-premis kritikal berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Air Selangor giat agih bekalan ke premis kritikal

SHAH ALAM, 14 OKT: Bantuan bekalan air kepada premis kritikal susulan penyenggaraan aset kritikal loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1 giat dijalankan Pengurusan Air Selangor.

Sebanyak 108 lori tangki digerakkan ke hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, pusat pemberian vaksin dan upacara pengebumian, maklum agensi itu di Facebook.

Pagi tadi, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjangka bekalan air pulih berperingkat bermula 5 petang ini.

Kerja penyenggaraan sejak semalam melibatkan penduduk 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam tempoh itu, sebanyak 105 lori tangki air digerakkan ke kawasan berkenaan selain 18 pili air awam disediakan mulai 14 hingga 16 Oktober demi kemudahan pengguna.

Senarai lengkap kawasan terlibat, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh didapati di pautan http://hentitugas.airselangor.com.

 


Pengarang :