Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada 28 September 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar usul bahas pendedahan Pandora Papers libat pemimpin politik

SHAH ALAM, 4 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Pandora Papers berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.

Ketua pembangkang berkata usul dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.

“Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang. Saya mohon usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Pengarang :