AGENDANASIONAL

Bekalan air di Sepang, Kuala Langat pulih sepenuhnya pagi ini

SHAH ALAM, 20 OKT: Semua kawasan di wilayah Sepang dan Kuala Langat menerima semula bekalan air pagi ini selepas pembaikan paip pecah di Kampung Chinchang Salak Tinggi selesai petang semalam.

Kawasan tersebut meliputi 145 lokasi di Sepang manakala 11 lagi di Kuala Langat.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh tersebut,” kata syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre melalui aplikasi Air Selangor.

Kerja kecemasan dan pembaikan susulan insiden paip pecah berhampiran Kampung Chinchang Salak Tinggi, Sepang siap jam 2 petang semalam, empat jam lebih awal daripada sasaran.

 


Pengarang :