Rodziah Ismail bercakap kepada media selepas menyerahkan Notis 5A dan sumbangan Kewangan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 2 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua projek Rumah SelangorKu di Gombak diteruskan semula

GOMBAK, 3 OKT: Projek Rumah SelangorKu Nilam dan Kristal di Taman Mutiara Selayang, dekat sini yang terbengkalai sejak 2013 akan disambung pembinaannya, kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail berkata projek berjalan semula selepas sembilan keluarga setinggan di Kampung Bendahara yang tinggal di tapak pembangunan itu setuju dipindahkan.

“Selepas selesai isu pemilikan tanah penghuni setinggan, ini bermakna kita boleh terus laksanakan projek (Rumah SelangorKu). Pembeli tak akan menunggu lama lagi.

“Projek ini dah terbengkalai lama hampir sembilan tahun. Lepas ini akan diteruskan dan jangka siap dalam tempoh setahun,” katanya ditemui di Dewan Rakyat, Padang Awam Batu Caves semalam.

Terdahulu Dato’ Menteri Besar menyerahkan tawaran milikan tanah atau Notis 5A kepada 19 penduduk setinggan daerah ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tawaran membabitkan 10 penduduk Kampung Sungai Tua manakala baki dari Kampung Bendahara yang diberikan tanah gantian di Kuang dan Batu Arang.


Pengarang :