Tangkap layar video penghantaran 700 kotak makanan asas sumbangan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada DUN Pelabuhan Klang pada 30 September 2021. Foto Twitter Azmizam Zaman Huri
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Pelabuhan Klang terima 700 kotak makanan asas sumbangan MB

SHAH ALAM, 1 OKT: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima 700 kotak makanan asas sumbangan Pejabat Dato’ Menteri Besar semalam.

Wakil Rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata barangan itu merangkumi beras, minyak masak, mi segera, tepung, gula, sardin, susu pekat dan kicap.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kerana menyumbangkan bantuan makanan asas untuk penduduk yang memerlukan di kawasan Pelabuhan Klang.

“Alhamdulillah, bantuan selesai diagihkan oleh beberapa wakil saya kepada penerima yang layak dan terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Azmizam mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), organisasi atau individu yang mahu menyumbang barangan keperluan asas dengan hadir ke pusat khidmatnya.

“Kita menggalakkan mereka yang mahu menyumbang hadir ke pusat khidmat… bantuan sentiasa diagihkan dari semasa ke semasa kerana kita tidak mahu ada keluarga yang terputus bekalan makanan,” katanya.


Pengarang :