EXCO Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan Borhan Aman Shah berucap ketika Program Batik Plogging (Program Pembersihan Pantai) di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat pada 31 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Tanjung Sepat edar lebih 3,000 bantuan makanan sejak pandemik

TANJUNG SEPAT, 31 OKT: Lebih 3,000 bakul makanan diagih kepada penduduk terkesan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat sejak tahun lalu sehingga Oktober ini.

Wakil rakyat Borhan Aman Shah berkata sejak negara dilanda pandemik, pihaknya mengagihkan bantuan tersebut kepada golongan B40, peniaga, pesara dan ibu tunggal.

“Kita menumpukan bantuan kepada semua dan memastikan rakyat terkesan menerima manfaat inisiatif Kerajaan Negeri.

“Walaupun kawasan luar bandar ini tidak terbeban dengan komitmen seperti rumah sewa mereka bergantung sepenuhnya dengan sumber pendapatan perniagaan dan sebab itu kita pastikan semuanya dibantu,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Batik Plogging (pembersihan pantai) di Pantai Batu Laut hari ini.

Pada 9 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.1 bilion melalui beberapa pakej ekonomi bagi membantu rakyat mendepani Covid-19 dalam tempoh dua tahun.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata puluhan ribu keluarga menerima manfaat melalui inisiatif itu dengan program bakul makanan antara yang mendapat perhatian.


Pengarang :