Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama pimpinan Kerajaan Negeri semasa sesi Townhall Belanjawan Negeri Selangor 2022 di Hotel Wyndham, Klang pada 9 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

EXCO: Cadang bangun pesisir pantai Morib-Bagan Lalang, lonjak pelancongan

KLANG, 11 OKT: Cadangan pembangunan di pesisiran pantai dari Morib ke Bagan Lalang dibawa dalam Belanjawan 2022, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata sepanjang kawasan itu boleh dibangunkan dan dijadikan tempat pelancongan.

“Saya akan bincang perkara ini dengan stanco pelancongan supaya dapat menjana ekonomi Selangor,” katanya ketika ditemui dalam sesi taklimat Belanjawan 2022.

EXCO Kerajaan Negeri Borhan Aman Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sesi itu membabitkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama pimpinan komuniti Selangor di Hotel Wyndham di sini.

Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat berharap Belanjawan 2022 dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada anak muda untuk mengukuhkan ekonomi.

Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui sesi taklimat ini merupakan peluang untuk mengetahui perancangan Kerajaan Negeri selain berkongsi pandangan.

“Dalam sesi taklimat tadi saya mencadangkan supaya kawasan Hulu Bernam boleh dijadikan sektor penanaman dan penternakan selain mampu menjana ekonomi warga tempatan,” katanya.


Pengarang :