EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau kolam ternakan ikan di Kebun Komuniti Seksyen 8 Prima, Bandar Baru Bangi pada 7 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO pertanian lawat Kebun Komuniti Seksyen 8 Prima

BANDAR BARU BANGI, 7 OKT: EXCO Pertanian Ir Izham Hashim mengadakan lawatan ke Kebun Komuniti Seksyen 8 Prima di sini hari ini.

Lawatan Izham diiringi Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar.

Izham memaklumkan Selangor aktif dalam membangunkan pertanian moden dan bekalan makanan terutama ketika pandemik.

“Kita ambil iktibar ketika pandemik keperluan sekuriti makanan yang menjadi agenda penting Kerajaan Negeri,” katanya ketika berucap.


Pengarang :