Majlis Mesra Datuk Bandar bersama Persatuan Bekas Pegawai dan Kakitangan MBSA sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam yang Ke-21 bertempat di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam pada 15 Okt 2021. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Hargai bekas kakitangan, MBSA sumbang lebih RM100,000

SHAH ALAM, 16 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyumbang RM120,000 kepada persatuan bekas pegawai dan kakitangannya bagi menjayakan program bermanfaat.

Datuk Bandar Shah Alam berkata daripada jumlah itu sebanyak RM70,000 diberikan pada tahun lalu diikuti RM50,000 pada Mac tahun ini.

“Para pesara banyak berjasa sepanjang 21 tahun MBSA ditubuhkan. Mereka berkhidmat penuh tenaga, komitmen dan keringat banyak dicurahkan demi kecemerlangan masa kini.

“Atas dasar keprihatinan dan pastikan mereka kekal aktif kita luluskan sejumlah wang untuk mereka laksana aktiviti bermanfaat,” kata Dato’ Zamani Ahmad Mansor semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis minum petang sempena sambutan ulang tahun ke-21 MBSA di Klassique Touch yang dulu dikenali sebagai Kelab Warga Emas.

Dalam majlis sama Zamani turut menyampaikan baucar beli belah kepada 122 ahli persatuan berkenaan.

Persatuan juga turut menyampaikan bakul makanan kepada penerima terbabit serta 20 ahli jawatan kuasa Kelab Warga Emas.

 


Pengarang :