SELANGOR

Hujan lebat, ribut petir diramal landa lima daerah Selangor

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di lima daerah negeri ini hari ini.

Lima daerah itu ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Menerusi infografik MetMalaysia di Facebook, amaran sama dikeluarkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor dan Terengganu.

Di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Kelantan pula, hujan lebat dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, keadaan cuaca sama diramal melanda di Besut.

Sementara itu, di Johor kawasan yang terlibat ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru, manakala Sarawak di kawasan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) serta Miri (Subis dan Miri).


Pengarang :