Petugas kesihatan menyediakan dos vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Sunway, Subang Jaya pada 12 Mac 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Individu belum divaksin boleh dapatkan suntikan di klinik swasta Lembah Klang

SHAH ALAM, 11 OKT: Individu di sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi atau suntikan dos kedua Covid-19 boleh mendapatkannya secara percuma di pusat kesihatan swasta mulai hari ini.

Ia adalah kemudahan tambahan disediakan untuk golongan tersebut selain klinik kesihatan kerajaan seperti diumumkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 1 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 98 klinik swasta disenaraikan di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang menbangunkan program tempahan vaksin untuk kemudahan penerima berkaitan di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Program vaksinasi secara tempahan ini adalah bagi mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin.

“Kumpulan sasaran adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, mereka terlepas janji temu dos pertama atau kedua dan juga golongan yang akan diumumkan KKM dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Golongan terlibat boleh menghubungi fasiliti kesihatan swasta terpilih untuk mendapatkan slot janji temu dahulu dan akan diberikan tarikh untuk mendapatkan vaksin.

 


Pengarang :