Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap semasa sesi Townhall Belanjawan Negeri Selangor 2022 di Hotel Wyndham, Klang pada 9 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Inisiatif Peduli Rakyat diperluas kepada kelompok terjejas Covid-19

KLANG, 9 OKT: Program Inisiatif Peduli Rakyat diperluas kepada kelompok tertentu yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan kepada kelompok berkenaan dimasukkan selepas program itu dijenama semula dalam pembentangan Belanjawan 2022.

“Penjenamaan Inisiatif Peduli Rakyat merupakan penekanan Kerajaan Negeri melibatkan kesejahteraan sosial rakyat.

“Sebenarnya kita hendak lakukan pertengahan tahun ini tetapi pandemik Covid-19. Kita akan isytihar dalam belanjawan nanti tentang penjenamaan dan kandungan baharu,”katanya.

Beliau bercakap pada sesi taklimat Belanjawan Selangor 2022 membabitkan pimpinan komuniti Selangor di Hotel Wyndham di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga bercadang memperuntuk antara RM50 hingga RM80 juta untuk program baharu dalam bentuk pemberian tunai.

“Program berjalan dari awal tahun sehingga Julai dan beri manfaat serta kebaikan kepada masyarakat.

“Selain itu program libatkan golongan muda juga diadakan seperti pekerjaan, seni kebudayaan, peluang perniagaan dan pembelajaran,”katanya.


Pengarang :