Petugas kesihatan memegang kit ujian sebelum membuat proses calitan bagi mengumpul sampel Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 bawah paras 5,000 kes

SHAH ALAM, 31 OKT: Jangkitan harian Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 4,979 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menurun sedikit berbanding 5,854 kes semalam.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,471,642 kes.

Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi dengan empat daripada kes yang dilaporkan berlaku di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, terdapat 69,153 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 53,990 individu atau 78.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,162 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Sebanyak 5,431 kes dirawat di hospital dan 570 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).


Pengarang :