Mohd Idris Mohamed Yusof (tiga, kanan) menyerahkan sebanyak tong sampah jenis MGB 120L kepada Inspektor Abdul Raheem Eliyas (dua, kiri) pada 13 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM serah 30 tong sampah kepada IPD Kuala Langat

KUALA LANGAT, 13 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini menyumbang 30 tong sampah jenis MGB120L kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini.

Pengurus Besar Operasi KDEBWM Mohd Idris Mohamed Yusof berkata serahan itu bagi menggantikan tong sampah sedia ada yang sudah rosak.

“Kita harap dengan serahan tong ini proses pembuangan sisa domestik di kawasan IPD Kuala Langat menjadi lebih sistematik dan bersih.

“Kita percaya ia juga akan menjadikan pemandangan di sini lebih indah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan tong tersebut di IPD Kuala Langat di sini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Kuala Langat Inspektor Abdul Raheem Eliyas turut mengucapkan terima kasih kepada KDEBWM dan berharap inisiatif itu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Insya-Allah kita akan meletakkan tong ini di tempat strategik sekitar IPD termasuk kuarters.

“Usaha ini juga selaras untuk menjayakan hasrat Kerajaan Negeri ke arah menceriakan alam sekitar,” katanya.


Pengarang :