Penyelaras Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyerahkan hamper sempena Deepavali kepada komuniti India di Jalan Ikan Emas, Ampang Campuran, Ampang pada 24 Oktober 2021. Foto Facebook Rodziah Ismail
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Komuniti India di Ampang terima hamper sempena Deepavali

SHAH ALAM, 25 OKT: Sejumlah keluarga berbangsa India di Jalan Ikan Emas, Ampang Campuran, Ampang menerima hadiah hamper sempena sambutan Deepavali awal bulan depan.

Penyelaras Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata hamper yang diberi berupa tepung muruku dan tepung kuih tradisional India yang lain.

“Yang menggembirakan saya, senyuman para penerima yang begitu gembira walaupun hamper yang diberikan tidaklah begitu lumayan atau mahal harganya.

“Namun senyuman mereka itu lebih mahal dari harga hadiah yang diberi oleh kami,” katanya menerusi Facebook.

Lawatan melawat rumah ke rumah itu disertai Ahli Majlis Zon 11 A Ragunathan bersama jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11.

Rodziah turut berharap program seumpama itu diteruskan pada setiap perayaan budaya di negara ini agar jurang perbezaan budaya kaum dapat didekatkan.


Pengarang :