DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menerima sumbangan replika cek Mais daripada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) dalam Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim di Istana Mestika pada 14 Oktober 2021. Foto ihsan Mais
AGENSISELANGOR

Mais pelihara kebajikan 794 anak yatim terjejas Covid-19

SHAH ALAM, 15 OKT: Seramai 794 anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang terkesan akibat Covid-19 menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Sumbangan berjumlah RM115,000 melalui baitulmal bagi menampung keperluan pendidikan golongan tersebut selain memelihara kebajikan mereka, kata setiausaha Mais.

“Mais berharap bantuan ini menyuntik motivasi kepada anak-anak yatim supaya terus cemerlang dan berusaha lebih gigih dalam pelajaran,” kata Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan.

Penyampaian cek cura disempurnakan Pengerusi Mais Tan Sri Andul Aziz Mohd Yusof kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Mestika semalam.

Bantuan sempena Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim turut dihadiri Pengerusi Yide Dato’ Bakhtiar Hussin.


Pengarang :