Wakil Mais menyerahkan sumbangan makanan asas kepada wakil Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk diagih kepada ahlinya pada 20 Oktober 2021. Foto FB Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Mais sumbang bantuan makanan kepada 445 pengusaha bas sekolah

SHAH ALAM, 21 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam menyumbangkan makanan asas berjumlah RM44,500 kepada 445 pengusaha di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL).

Agensi itu berkata bantuan mengandungi barangan antaranya beras, minyak, tepung dan gula yang bernilai RM100 setiap set.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan pengusaha bas sekolah dan mereka terkesan akibat Covid-19,” katanya di Facebook semalam.

Mais semalam turut mengagihkan fidyah berjumlah RM67,000 kepada 225 penduduk terkesan sekitar Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Mais memperuntuk sebanyak RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah, individu dibuang kerja, cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau yang hilang punca pendapatan.


Pengarang :