Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
AGENDANASIONAL

MB: 7,000 peniaga terima permit niaga sementara MBSA

SHAH ALAM, 14 OKT: Seramai 7,000 peniaga kecil di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima lesen sementara tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tempoh permit yang diberikan adalah setahun dan mereka yang ingin meneruskan perniagaan boleh memohon untuk menyambung.

“Kita menyedari sebahagian daripada mereka ini sementara sahaja kerana ada yang kena buang kerja jadi kita berikan mereka lesen sementara.

“Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), penutupan industri, ramai hilang kerja kita dapati mereka ini ramai sebab itu PBT (pihak berkuasa tempatan) memudahkan cara mendapatkan mereka tempat untuk berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam, di sini, hari ini.

Bermula Ogos tahun lalu, PBT di Selangor memberi permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya golongan berpendatan rendah (B40) yang terjejas akibat Covid-19.

PBT perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.


Pengarang :