Selangorkini
Dato’Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ahli Dewan Negeri, Gunarajah George menyampaikan sumbangan Jom Shopping Deepavali DUN Sentosa ketika Majlis Jejalah Deepavali KEADILAN di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa pada 25 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Selangor berbelanja besar bantu rakyat tangani Covid-19

KLANG, 25 OKT: Selangor merupakan negeri pertama yang berbelanja besar untuk rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata pelbagai pakej rangsangan dilancarkan negeri membabitkan perbelanjaan RM1.1 bilion bagi memastikan rakyat dapat bertahan ketika Covid-19.

“Kerajaan Negeri juga mampu melaksana tugas-tugas Kerajaan Pusat seperti melakukan saringan iaitu sebanyak 127,000 saringan secara percuma yang negeri lain tidak lakukan.

“Selvax Komuniti Remaja iaitu pemberi vaksin kepada anak muda dan berjaya memberi suntikan lebih 200,000 ke 300,000 orang di Selangor menerusi vaksin dibeli Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata demikian ketika berucap di pelancaran Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa hari ini.

Amirudin juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri berkata formula itu yang Pakatan Harapan (PH) laksana di Selangor dan akan dilaksana di Putrajaya tetapi tidak sempat sepenuhnya kerana dicuri dan dikhianati.

“Dalam tempoh dua tahun pertama memang seolah-olah Selangor tiada apa-apa dan semua memperlekeh inisiatif yang dilakukan tetapi waktu itu tiada yang mengkhianati dan negeri ini kekal PH dan KEADILAN sebagai paksinya.

“Rakyat sudah dapat lihat hasilnya dan boleh bandingkan dan di Putrajaya tidak melihat hasilnya serta lihat pertukaran kerajaan,” katanya.

 


Pengarang :