Selangorkini
Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan dalam majlis Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa pada 25 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

MB serah sumbangan RM12,000, baucar beli-belah sempena Deepavali

KLANG, 25 OKT: Dato’ Menteri Besar menyampaikan sumbangan bernilai RM12,000 dan baucar Jom Shopping kepada peserta terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sempena sambutan Deepavali.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyerahkan sijil penghargaan dan hadiah kepada pemenang Cabaran Sihat Sejahtera Sentosa 60 hari anjuran pejabat DUN Sentosa.

Beliau yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri kemudian melancarkan Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa.

Turut hadir EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj, ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan 22 cabang parti.

Cabang terlibat ialah Kuala Langat, Shah Alam, Kota Raja, Klang, Kapar, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Selayang dan Hulu Selangor.

Jelajah turut diadakan di Hulu Langat, Puchong, Gombak, Ampang, Pandan, Bangi, Sepang, Damansara, Sungai Buloh, Subang dan Petaling Jaya.

 


Pengarang :