Selangorkini
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir (kanan) menyampaikan bantuan kewangan kepada penerima sempena program sumbangan Deepavali 2021 di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ pada 27 Oktober 2021. Foto MBPJ
PBT SELANGOR

MBPJ sumbang RM20,000 untuk 80 penduduk India sempena Deepavali

SHAH ALAM, 27 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi bantuan kewangan berjumlah RM20,000 kepada 80 masyarakat India sempena Deepavali.

Sumbangan wang tunai dengan masing-masing menerima RM250 melibatkan golongan terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan keluarga mempunyai tanggungan ramai yang berdaftar bawah program pembangunan komuniti bandar, menurut unit komunikasi korporatnya.

“Bantuan ini merupakan program tahunan bertujuan memberi khidmat komuniti dalam membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40).

“Ia juga bertujuan mendekati, membantu dan memberi perhatian kepada golongan berkenaan sebagai usaha mengeratkan hubungan mesra serta penuh kasih sayang antara majlis dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Jabatan itu turut memaklumkan program tersebut selaras pelan pembangunan bandar sebagai ‘inclusive city’ mengambil kira keperluan dan penglibatan semua golongan.


Pengarang :