Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merangkul anugerah bandar lestari alam sekitar dari pihak Asean Working Group for Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) Indonesia. Pengiktirafan itu diterima secara dalam talian pada 21 Oktober lalu. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA rangkul anugerah bandar lestari alam sekitar

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul anugerah bandar lestari alam sekitar dari pihak Asean Working Group for Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) Indonesia.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata pengiktirafan The 5th Asean Environmentally Sustainable Cities itu diterima secara dalam talian pada 21 Oktober lalu.

“Beberapa bandar di Malaysia turut tercalon termasuk MBSA yang diiktiraf sebagai bandar yang memiliki udara, air dan tanah bersih.

“Anugerah ini juga sebagai tanda penghargaan menjadikan bandar Asean sebagai bandar lestari dan pada masa sama dapat berkongsi amalan tempatan terbaik dalam memastikan bandar bersih, hijau dan berdaya huni,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Shahrin proses pencalonan MBSA itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Alam Sekitar.

Kriteria untuk pemilihan calon bandar di Malaysia adalah melibatkan petunjuk yang diguna menerusi Sistem Penggredan Pihak Berkuasa Tempatan dan Rangkaian Petunjuk Nasional Luar Bandar Bandar Malaysia untuk Pembangunan Mampan (MURNInets 2.0) di bawah KPKT dan PLANMalaysia.


Pengarang :