Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Nor Aznim Mohamed Asrap mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19 dan alat pengukur kandungan oksigen kepada kakitangan Media Selangor di Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 20 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGORSELANGOR

Media Selangor sedia kit ujian kendiri untuk kakitangan

SHAH ALAM, 20 OKT: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) menyediakan kit ujian kendiri Covid-19 kepada semua 102 kakitangan termasuk wartawan dan jurugambar yang kerap bertugas di lapangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata mereka turut menerima oximeter atau alat pengukur kandungan oksigen dalam tubuh bagi memantau tahap kesihatan.

“Setiap kakitangan diberi lima kit kendiri dan satu oximeter. Dua alat ini penting dalam kehidupan selepas kita memasuk fasa endemik.

“Inisiatif tambahan ini sebahagian daripada usaha syarikat demi menjaga kebajikan kakitangan,” katanya dalam sesi Townhall tahunan kelmarin.

Mohamed Fareed menjelaskan Media Selangor sebelum ini turut menyediakan inisiatif kepada kakitangan untuk membuat tuntutan maksimum RM200 bagi pembelian pelitup muka dan cecair pembasmi kuman serta vaksinasi percuma untuk ahli keluarga.

“Syarikat mengutamakan kesihatan pekerja. Diharap dengan semua inisiatif ini ia dapat membantu kakitangan menjaga kesihatan diri,” katanya.


Pengarang :