Selangorkini
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd (tengah) ketika menyampaikan sumbangan Deepavali kepada kakitangannya pada 29 Okt 2021. Foto Facebook MPHS
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPHS santuni 36 kakitangan India, serah sumbangan Deepavali

SHAH ALAM, 30 OKT: Seramai 36 kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) beragama Hindu menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali minggu depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata pada program Ziarah Deepavali 2021, pihaknya menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dan penyediaan bagi perayaan berkenaan.

“Yang DiPertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd meluangkan masa serta beramah mesra dengan kakitangan dan seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut,” tulis PBT itu di Facebook.

Katanya, majlis tersebut turut dihadiri enam Ahli Majlis iaitu A Kanagarajah, S Murali, L Kamalesa Rao, A Durai, S Chinniah dan J Marina.


Pengarang :