EXCO Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim (tengah) bersama Yang DiPertua Majlis Perbadaran Sepang (MPSepang), Dato’ Abd Hamid Hussain (kanan) dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor, Aiada Abdul Rashid (kiri) ketika program Selangor Agro Market (SAM) di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang pada 30 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPSepang sedia beri kerjasama, galak aktiviti ekonomi

CYBERJAYA, 30 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menggalakkan aktiviti ekonomi seperti program Selangor Agro Market (SAM) dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata program seperti itu membantu usahawan dalam menjana pendapatan selain memudahkan masyarakat setempat memperoleh keperluan harian dengan kualiti yang baik.

“Contohnya di program SAM di Taman Tasik Cyberjaya ini, selain masyarakat dapat bersenam mereka berpeluang untuk membeli keperluan seperti ikan dan tidak perlu ke pasar.

“Di daerah Sepang kawasan agak luas dan sekiranya ada permintaan kita tiada masalah untuk mempertimbangkannya dan sedia memberi kerjasama,” katanya.

Terdahulu, Abd Hamid mengiringi EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim ke tapak jualan SAM di Taman Tasik Cyberjaya hari ini bersama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor Aiaida Abdul Rashid.

Program SAM adalah kolaborasi Kerajaan Negeri bersama Fama yang sudah bermula sejak tiga tahun lalu membabitkan pelaksanaan 87 lokasi di sembilan daerah di Selangor dengan nilai jualan sebanyak RM5.2 juta.


Pengarang :