Selangorkini
Ir Izham Hashim menyerahkan alatan pertanian kepada wakil kebun komuniti di Taman Dato’ Hormat, Kuala Langat pada 26 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Negeri tumpu tujuh baka hasilkan tanaman berkualiti

BANTING, 26 OKT: Sektor pembakaan dan pembenihan tujuh jenis tanaman antara tumpuan Kerajaan Selangor bagi mendapat hasil berkualiti tinggi, kata EXCO industri asas tani.

Tanaman meliputi tembikai, jagung manis, padi putih, padi wangi, timun, betik dan kubis yang diusahakan bersama syarikat penyelidikan benih tempatan pertama negara, jelas Ir Izham Hashim.

“Kita dapati benih menjadi menyumbang sebahagian daripada kejayaan dalam pertanian. Kita memiliki tanah premium jadi kita mahu dapat pulangan berbaloi,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan pertanian bernilai RM45,000 kepada sembilan kebun komuniti di Kuala Langat dan Sepang hari ini.

Pakej Kita Selangor 2.0 pada Jun memperuntuk lebih RM13 juta bagi pelaksanaan jaminan bekalan makanan (RM10 juta), Agro Prihatin (RM1.5 juta) dan peningkatan hasil (RM1.93 juta).

Inisiatif itu bagi merancakkan sektor pertanian agromakanan, kecekapan rantaian bekalan dan melahirkan 1,000 agropreneur dalam lima tahun.


Pengarang :