BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Operasi trem Bukit Malawati pada hujung minggu, cuti am sepanjang Oktober

SHAH ALAM, 11 OKT: Perkhidmatan trem Bukit Malawati, Kuala Selangor dekat sini hanya beroperasi pada Sabtu, Ahad dan cuti am sepanjang bulan ini.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor menerusi Facebook memaklumkan perkhidmatan tersebut ditutup sementara pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat.

“Penutupan sementara perkhidmatan trem untuk kerja-kerja naik taraf jalan di Bukit Malawati.

“Pengunjung diingatkan untuk mematuhi arahan keselamatan dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Selangor beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober yang memberi kelonggaran kepada rakyat lengkap vaksin untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan inap desa.

Beberapa aktiviti dibenarkan melibatkan premis pelancongan di Selangor antaranya:

1. Hotel dan inap desa
2. Zoo, taman tema, selam, akuarium, taman negara
3. Premis hasil seni budaya dan warisan, muzium perpustakaan, galeri
4. Pusat hiburan keluarga


Pengarang :