Selangorkini
Peserta menyertai acara senamrobik sempena program Hari Selangor Bersukan di padang paragliding Bukit Jugra, Banting pada 9 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Orang ramai dipelawa sertai larian, Scavenger Hunt sempena Bulan Kesihatan Mental

SHAH ALAM, 12 OKT: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai menyertai dua acara secara maya pada 30 Oktober ini sempena Bulan Kesihatan Mental.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan larian tiga kilometer dan Scavenger Hunt Virtual 2021 bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang di lokasi sesuai untuk senaman.

Menurutnya, ganjaran wang tunai RM500 menanti 10 pemenang pertama selain 10 hadiah istimewa untuk peserta bertuah.

“Ayuh bersama tingkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental,” tulisnya di Facebook.

Pada 9 Oktober lalu, larian Fit Mental dan Scavenger Hunt dilancarkan EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman sempena program Hari Selangor Bersukan 2021.

Idea pelaksanaan acara tersebut dicetuskan wakil rakyat Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dan Kampung Tunku Lim Yi Wei bagi membantu belia yang mengalami masalah kesihatan mental dengan memanfaatkan teknologi.

Acara berkenaan turut mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor, Care Warriors dan Penggerak Belia Selangor.

Individu berminat boleh mendaftar di pautan https://tinyurl.com/MHRun2021 . Peserta dikenakan bayaran RM30 untuk beg goodie dan kemeja-T.


Pengarang :