AGENDANASIONAL

Panduan pengguna, Air Selangor kongsi maklumat senggara aset

SHAH ALAM, 5 OKT: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menyediakan maklumat lengkap berhubung kerja menaik taraf aset bekalan mulai 13 Oktober.

Butiran yang disiarkan di laman web rasminya meliputi kawasan terlibat, pusat khidmat setempat dan lokasi pili awam yang akan diaktifkan sehingga 16 Oktober.

Orang ramai boleh merujuk pautan hentitugas.airselangor.com dan klik butang maklumat lanjut yang memaparkan status insiden serta soalan lazim.

Tanda merah dalam peta merujuk kawasan yang masih terjejas manakala penanda hijau menunjukkan lokasi yang menerima bekalan air sepenuhnya.

Pengguna boleh melihat perincian peta termasuk anggaran masa dan peratusan pemulihan dengan menekan klik pada ikon dipaparkan. Semakan juga boleh dibuat dengan mencari nama kawasan di kotak carian.

Ikon paip air pula menunjukkan pili air awam yang diaktifkan sepanjang tempoh tersebut mengikut lokasi. Fokus pada penanda bernombor untuk melihat kemudahan yang masih ada di kawasan terlibat.

Ikon lori tangki merujuk Stesen Pengisian Air Komersial yang diaktifkan. Tekan klik pada ikon untuk petunjuk arah ke lokasi dan fokus pada penanda bernombor.

Sebanyak 998 kawasan terlibat susulan penyeggaraan tersebut meliputi Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langar dan Kuala Selangor.

Sebanyak 105 lori tangki digerakkan selain 18 pili awam disediakan sepanjang tempoh itu bagi memudahkan pelanggan mendapat bekalan air bersih sementara proses pemulihan berlaku.

Empat stesen pengisian air setempat juga dibuka kepada pelanggan komersial untuk membeli bekalan menggunakan lori tangki dengan bayaran boleh dibuat di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.


Pengarang :