Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Aeon Shah Alam hari ini

SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memudahkan orang ramai menyelesaikan bayaran kompaun tertunggak melalui Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di Aeon Mall Shah Alam hari ini.

Pengeoperasian premis tersebut bermula dari 11 pagi hingga 5 petang ini.

“Jangan bertangguh untuk menyelesaikan kompaun tertunggak anda dan merebut tawaran pengurangan kompaun tempat letak kereta berjumlah RM10 dan juga 70 peratus pengurangan kompaun MBSA yang terpilih sebelum 1 November,” katanya menerusi Facebook.

MBSA menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sebanyak RM10 selama sebulan mulai 1 Oktober.

Datuk Bandarnya Dato’ Zamani Ahmad Mansor berkata tawaran itu dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam yang ke-21.


Pengarang :