Selangorkini
Datin Seri Masdiana Muhammad bercakap kepada media dalam Majlis Penyerahan Kit Kesihatan Petugas Hadapan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 11 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Pekawanis bantu 20 pesakit kronik beli ubat, keperluan harian

SHAH ALAM, 11 OKT: Seramai 20 pesakit kronik di negeri ini menerima bantuan tunai RM250 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bagi membeli ubat dan keperluan diri.

Sumbangan melalui program Ziarah Medik membabitkan 43 Dewan Undangan Negeri dengan pemilihan peserta ditentukan ahli majlis dan ketua kampung, kata yang dipertuanya.

“Kita harap bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka terutama ketika pandemik Covid-19,” kata Datin Seri Masdiana Muhammad.

Beliau ditemui pada program Penyerahan Kit Kesihatan kepada Petugas Barisan Hadapan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu turut merancang untuk membantu keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan sempena sambutan Deepavali bulan depan.

“Insya-Allah kita bercadang untuk bantu 30 keluarga dengan setiap daripada mereka menerima tunai RM100 dan bakul makanan seperti kuih raya,” kata Masdiana.


Pengarang :