Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhammad (tengah) bersama petugas Media Selangor dalam Majlis Penyerahan Kit Kesihatan Petugas Hadapan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar pada 11 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis santuni petugas Media Selangor, sumbang kit kesihatan

SHAH ALAM, 12 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM7,500 untuk bantuan kit kesihatan kepada 30 petugas media Kerajaan Negeri, Media Selangor Sdn Bhd.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata kit itu mengandungi pelitup muka, oximeter, cecair pembasmi kuman, tuala, vitamin C dan pelindung muka.

“Kita selalu dengar petugas barisan hadapan terdiri dalam kalangan doktor dan polis tetapi kita tertinggal media juga antara golongan penting yang perlu dihargai.

“Terima kasih kepada kumpulan media dari Media Selangor yang sentiasa membuat liputan program Pekawanis dan pelbagai lagi untuk Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Penyerahan Kit Kesihatan Kepada Petugas Barisan Hadapan anjuran Pekawanis di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini semalam.

Pada masa sama Masdiana berharap petugas media sentiasa tidak putus memberi sokongan dan liputan berhubung program Pekawanis.

“Insya-Allah selepas ini jika ada keperluan kita akan menganjurkan lagi program menghargai seluruh petugas barisan hadapan di negeri ini,” katanya.


Pengarang :