Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat mangsa lemas di Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor pada 2 Oktober 2021. Foto ihsan bomba
AGENDANASIONAL

Pemuda lemas ketika mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali

SHAH ALAM, 2 OKT: Seorang pemuda ditemui lemas ketika mandi bersama enam rakannya di Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Kamal Nordin, 22, ditemukan anggota bomba pada jam 5.15 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 3.56 petang.

Norazam Khamis berkata sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi dengan operasi pencarian dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

“Mangsa ditemui berhampiran tempat dia dipercayai tenggelam dengan kedalaman kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya tujuh sekawan itu termasuk mangsa terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan datang dari Gombak.


Pengarang :