Mohamed Roslan Dato’ Hakimsa mengisi air ke dalam tong sebagai persediaan sekiranya berlaku masalah air susulan penambahbaikan aset Air Selangor pada 13 hingga15 Oktober 2021. Lebih separuh daripada 998 kawasan terbabit dengan kerja naik taraf aset Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima bekalan air setakt jam 9 pagi tadi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penduduk gembira bekalan air pulih lebih awal

SHAH ALAM, 15 OKT: Penduduk terlibat kerja menyelenggara aset kritikal loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1 menarik nafas lega selepas bekalan air pulih lebih awal.

Pemilik Restoran Hakim di Seksyen 7 berkata premisnya kembali menerima air kira-kira 5 pagi tadi selepas terputus bekalan pada pagi Rabu.

“Alhamdulillah air pulih air. Walaupun (air) tiada dua hari tapi perniagaan tetap berjalan. Kami gunakan plastik lapik pinggan dan cawan kertas untuk jimat air.

“Sepanjang tempoh itu juga pelanggan juga lebih ramai. Mereka kata nak jimat air di rumah kerana kalau masak kena guna air lebih,” kata Datuk Hakimsa Abdul Karim ketika ditemui.

Pemandu peribadi Saiful Nizam Mat Ya’acun berkata selepas air pulih dia tidak perlu lagi mengeluarkan belanja lebih untuk membeli makanan keluarga.

Pemilik Restoran Hakim Dato’ Hakimsa Abdul Karim. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dua hari ni saya terpaksa beli makanan dari sarapan hingga makan malam. Kena keluar belanja lebih untuk lima orang sebab nak jimat air.

“Memang ada tadah air tetapi itu untuk keperluan lain. Alhamdulillah air pulih cepat,” katanya.

Setakat tengah hari tadi kebanyakan kawasan menerima semula bekalan air dengan Hulu Selangor pulih sepenuhnya, Kuala Selangor (99.4 peratus), Shah Alam (94.2 peratus), Petaling (89.8 peratus) sementara Kuala Langat dapat bekalan hingga 85.7 peratus.

Mula pulih sejak 5 petang semalam di Kuala Selangor, wilayah Gombak pula setakat ini menerima bekalan 65.5 peratus, Kuala Lumpur (38.6 peratus) namun Klang baru mencapai 16.8 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan bekalan pulih sepenuh pada 9 malam esok dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan air.

 


Pengarang :