AGENDANASIONAL

Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor tawar hadiah RM11,000

SHAH ALAM, 22 OKT: Sekolah menengah di seluruh negara dijemput menyertai Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor ke-12 yang diadakan secara maya dan menawarkan hadiah keseluruhan RM11,000.

Menerusi perkongsian di Facebook, agensi itu berkata pasukan dan pelajar boleh mengisi borang di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSefEkOeJv5kR5eV2HuhYkvUIa3KEShnopYZs3Nf3FXIW_OvYA/viewform.

Menurutnya pendaftaran dibuka mulai 15 hingga 29 Oktober manakala had penyertaan ialah 50 pasukan debat dan masing-masing 50 peserta pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jelasnya pusingan awal akan diadakan 27 dan 28 November manakala peringkat akhir dijangka 4 Disember.

Bagi kategori debat, pasukan pemenang akan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala dan sijil manakala naib johan RM2,000.

Pemenang kategori pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan menerima wang tunai RM800, piala dan sijil manakala RM500 untuk naib johan.

Untuk keterangan lanjut layari https://bit.ly/3lSZTaR atau hubungi Yayasan Selangor di talian 03 7669 1100 sambungan 211 (Haziq), 141 (Nazrin) atau Adam Danial Hafiz Goh 011 1002 5045.


Pengarang :