Ahli Parlimen mengaminkan bacaan doa sebelum pembentangan Bajet 2022 di Parlimen pada 29 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Peruntukan RM80 juta untuk tingkat kemahiran, pekerja industri di Subang terima manfaat

SHAH ALAM, 29 OKT: Sebanyak RM80 juta disedia untuk memenuhi keperluan kemahiran pekerja industri termasuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Subang, Selangor.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu turut meliputi industri elektrik dan elektronik di Kulim, Kedah dan kimia di Gebeng, Pahang.

“Peruntukan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) disedia bagi melatih 20,000 pekerja yang menyokong kluster industri.

“Inisiatif ini juga untuk memenuhi keperluan kemahiran terutamanya industri dengan aktiviti nilai tambah tinggi,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.


Pengarang :