Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mendengar pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Anjung KKMM pada 29 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Rangkaian 5G diperluas di Selangor, rapat jurang digital

SHAH ALAM, 29 OKT:  Perkhidmatan rangkaian 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi dibeberapa bandar utama termasuk Selangor.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata rangkaian 5G turut diperluas di Johor,  Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Bagi memastikan golongan penduduk di projek perumahan rakyat tidak ketinggalan, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyediakan kemudahan internet di 40 projek perumahan rakyat (PPR) sedia ada.

“Penyediaan perkhidmatan 5G bakal melakar landskap teknologi baharu dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Tengku Zafrul berkata rangkaian 5G juga merapatkan jurang digital dan mencipta peluang pekerjaan baharu.

 


Pengarang :