Selangorkini
Peserta menyertai acara senamrobik sempena program Hari Selangor Bersukan di padang paragliding Bukit Jugra, Banting pada 9 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA SUKANKINI

Ratusan meriahkan Hari Selangor Bersukan ikut norma baharu

BANTING, 9 OKT: Ratusan peserta memeriahkan sambutan Hari Selangor Bersukan 2021 di Bukit Jugra di sini hari ini yang berlangsung mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Program anjuran Kerajaan Negeri sempena Hari Sukan Negara padat dengan aktiviti menarik antaranya Fun Ride sejauh tiga kilometer ke puncak bukit, senamrobik dan paragliding.

Aktiviti menyemarak perpaduan itu juga bagi mengiktiraf masyarakat dan atlet yang tidak dapat bersukan akibat pandemik Covid-19, kata EXCO pembangunan sukan.

“Kita mengambil maklum pentingnya rakyat Selangor untuk kekal aktif, cergas fizikal dan mental serta mengamalkan gaya hidup sihat setelah negara beransur pulih daripada pandemik dan menuju fasa endemik,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Dalam program itu, beliau turut melancarkan larian Fit Mental dan Sacavenger Hunt yang berlangsung secara maya pada 30 Oktober, dengan hadiah wang tunai RM500 untuk 10 pemenang dan cabutan bertuah.

Jelasnya, program sempena bulan kesihatan mental bersama wakil rakyat Subang Jaya dan Kampung Tunku, majlis sukan negeri serta Penggerak Belia Selangor menyasar 1,000 peserta.

“Kerajaan Negeri memandang serius impak besar kesihatan mental belia yang terkesan akibat wabak dan menyambut baik usaha membantu meningkatkan kesedaran masalah ini,” kata Mohd Khairuddin.

Individu berminat boleh mendaftar di pautan https://tinyurl.com/MHRun2021

 


Pengarang :