Petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menolak keranda ke dalam kontena penyimpanan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 19 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM4 bilion untuk beli vaksin Covid-19, tingkat kelengkapan kesihatan

SHAH ALAM, 29 OKT: Sejumlah RM4 bilion disediakan dalam Belanjawan 2022 khusus untuk meneruskan agenda menangani Covid-19, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia merangkumi RM2 bilion untuk membiayai program vaksinasi manakala RM2 bilion lagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam.

“Bagi terus menang dalam melawan Covid-19, kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

“Paling utama sekali, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun,” katanya.


Pengarang :