Petugas kesihatan mengekstrak sampel dihantar ke pusat itu daripada aktiviti saringan Covid-19 dilakukan pejabat kesihatan daerah bagi mengesahkan status kes wabak, makmal pusat itu mampu memproses sehingga 5,000 sampel sehari di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor catat 1,630 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam

SHAH ALAM, 14 OKT: Selangor mencatat 1,630 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 1,595 daripadanya merupakan jangkitan dalam komuniti, maklum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Mengikut data dikongsi jabatan itu, Hulu Langat mencatat kes harian paling banyak dengan 394 diikuti Gombak 317, Petaling (272), Klang (213) dan Kuala Langat (172).

Sepang pula merekodkan 141 kes, Kuala Selangor (75), Hulu Selangor (36) dan Sabak Bernam (10).

Data yang dikongsi menerusi Facebook itu juga memaklumkan tujuh daripada keseluruhan kes mendapat jangkitan dari luar negara manakal 28 kes dalam penjara/lokap.

Sementara itu, ketua pengarah kesihatan memaklumkan kes baharu seluruh negara hari ini adalah sebanyak 8,084 kes naik sedikit berbanding semalam, 7,950 kes.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak kini mencecah 2,369,613 kes.


Pengarang :