Mohammad Azrie Iskandar, 12, menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja di Dewan Serbaguna MPK, Pandamaran Jaya, Klang pada 24 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selvax Remaja di Bandar Utama, Seri Serdang awal November

SHAH ALAM, 31 OKT: Dua lagi program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja akan diadakan pada awal November masing-masing di Bandar Utama dan Seri Serdang dekat sini.

Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memaklumkan program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang pada 6 November dan 7 November ini.

“Berita baik jika belum vaksin, ada dua lagi acara tambahan untuk program Selvax Remaja yang anda boleh sertai.

“Pada 6 November di Dewan Komuniti BU3 (Bandar Utama) dengan kod baucar DKB6NOV dan 7 November di Stadium Tertutup Sri Serdang (Seri Serdang) dengan kod baucar STS7NOV,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai juga diingatkan untuk membuat pra daftar menerusi SELangkah untuk mendapatkan janji temu.

Pada 7 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Selvax diperluas kepada remaja melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.


Pengarang :