Selangorkini
Atlet karate Selangor kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Johor ketika tinjauan di Akademi SKA Karate – do Seksyen 25, Shah Alam pada 5 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA SUKANKINI

SUKMA: Selangor nilai semula sasaran 45 pingat emas

SHAH ALAM, 5 OKT: Selangor menilai semula sasaran 45 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang dijangka tahun depan selepas tertangguh dua kali akibat Covid-19.

Ia susulan perkembangan membabitkan kontinjen antaranya kemungkinan atlet menarik diri kerana melanjutkan pelajaran, kata pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.

Mohamad Nizam Marjugi berkata penilaian dibuat berdasarkan perbincangan dengan setiap pasukan yang memulakan latihan selepas kerajaan memberi kelonggaran bagi aktiviti sukan.

“Atlet kita sudah lama berlatih bawah program gelembung sukan sebelum kelonggaran fasa tiga Pelan Pemulihan Negara. Kita mahu pastikan atlet berada pada prestasi terbaik walaupun belum ada tarikh jelas penganjuran SUKMA di Johor,” katanya ketika dihubungi.

SUKMA Johor 2020 pada asalnya dijadualkan dari 11 hingga 19 Julai 2020 tetapi ditunda kepada 6 hingga 14 Mac tahun ini kerana ancaman Covid-19. Temasya itu sekali lagi ditangguh berikutan kes masih tinggi.

Selangor sebelum ini menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan itu.


Pengarang :