Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan seru segar kembali penghayatan perjalanan hidup Rasulullah

SHAH ALAM, 18 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru semua umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar umat Islam meneladani nilai murni peribadi Rasulullah dan mengikuti segala sunnah dan ajaran Baginda.

“Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Negeri Selangor.

“Sempena hari bersejarah ini, Baginda menyeru semua umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah, meneladani nilai-nilai murni peribadi Baginda dan mengikuti segala sunnah dan ajaran Baginda,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Tuanku Sultan turut menyeru seluruh umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad dan agar semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak.


Pengarang :