Selangorkini
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerahkan bantuan kepada golongan memerlukan di kawasan pentadbiran MPS. Foto Facebook Majlis Perbandaran Selayang
Uncategorized

10 pusat jagaan terima sumbangan MPS

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak 10 pusat jagaan rumah anak yatim, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Bantuan berupa wang tunai RM1,500 dan barangan keperluan itu diserahkan menerusi konvoi tujuh kenderaan yang diketuai Yang Dipertua MPS, Mohd Yazid Sairi.

“MPS pada hari ini telah mengadakan acara pelepasan Konvoi Serahan Sumbangan sempena Program Masih Ada Yang Sayang Tahun 2021 di pekarangan lobi Menara MPS.

“Menerusi program ini, MPS telah menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,500 dan barangan keperluan kepada setiap 10 buah pusat jagaan dan rumah anak yatim, warga emas dan OKU di bawah pentadbiran MPS,” katanya di Facebook.

MPS berharap penyerahan sumbangan itu dapat meringankan beban serta membantu daripada aspek kebajikan para penghuni pusat jagaan anak yatim, warga emas dan OKU terutamanya ketika menghadapi endemik Covid-19.


Pengarang :