Selangorkini
Ng Suee Lim (dua, kanan) menyerahkan tablet kepada pelajar sekitar Parlimen Tanjung Karang bagi mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) pada 25 Oktober 2021. Foto Facebook Ng Suee Lim
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

100 kad SIM selesai diagih kepada penduduk Sekinchan

SHAH ALAM, 7 NOV: Sebanyak 100 kad modul pengenalan pelanggan (SIM) percuma selesai diedar kepada golongan sasar sekitar Sekinchan, kata wakil rakyatnya.

Ng Suee Lim berkata kad SIM dilengkapi data internet selama setahun dibiayai Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) memanfaatkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Beliau berkata inisiatif yang turut diagihkan kepada petani dibuat berperingkat sejak tiga minggu lalu selepas menerima maklumat daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

“Maklum balas penerima sangat baik dengan rata-rata mereka teruja mendapat kemudahan ini, apatah lagi capaian internet di kawasan luar bandar kurang baik.

“Kad SIM daripada syarikat telekomunikasi Celcom, Digi dan Unifi sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka tanpa perlu membelanjakan wang untuk membeli internet,” katanya ketika dihubungi.

Pada 4 Ogos, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor.

Turut menerima manfaat ialah pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor dan ibu tunggal.


Pengarang :